Kempen Internet Selamat di SK Gunung Semanggol
26 November 2025 | Aktiviti TerkiniProgram Kempen Internet Selamat (KIS) telah berjaya dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Gunung Semanggol semalam melibatkan murid Tahap 2. Program dimulakan dengan taklimat perkhidmatan NADI, diikuti sesi penerangan berkaitan KIS yang menekankan amalan penggunaan internet secara berhemah dan selamat.
Murid turut menyertai beberapa aktiviti interaktif yang dijalankan bagi meningkatkan kefahaman mereka, disusuli sesi soal jawab kuiz yang berlangsung dengan penuh keterlibatan.
Seterusnya, penyerahan sijil jalinan kerjasama kepada pihak sekolah telah disempurnakan sebagai tanda penghargaan atas sokongan yang diberikan. Program diakhiri dengan sesi bergambar bersama warga sekolah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: